“Nak Bantv 0rang Asli,” Kakitangan KKM Temvi Aj4I Dengan L0ri Tangkii

Semalam kita dikejutk4n dengan insid3n nah4s jalan raya membabitkan seorang pemain muda JDT, Syafiq Ahmad. Belum habis bers3dih, terbaru pagi tadi sebuah lagi kejadi4n ng3ri melibatkan beberapa kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia dilaporkan berlaku di Jalan Pekan-Rompin dan sekali lagi m3runtun jiwa netizen.

Menerusi laman Facebook rasmi Unit Promosi Pejabat Kesihatan Daerah Pekan, dua daripada tiga orang kakitangannya telah terkorb4n. Mohd Zuhairi Abdullah sebagai pemandu dan juga Julayha binti Kudus yang juga seorang jururawat perubatan disahkan menemui aj4l di tempat kejadi4n manakala seorang lagi doktor terselamat.

Menaiki kenderaan pacuan empat roda, mereka dipercayai sedang dalam perjalanan menuju ke sebuah perkampungan Orang Asli bagi menjalankan pemeriksaan kesihatan berkala. Walau bagaimanapun, hasrat itu tidak kesampaian apabila bert3mbung dengan sebuah lori tangki sehingga menyebabkan kereta dinaiki r3muk t3ruk.

Susulan kejadian itu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menzahirkan ucapan takziah di laman Facebook miliknya buat kedua-dua kakitangannya yang telah pergi ketika dalam perjalanan melaksanakan tugas. Walau bagaimanapun, punca n4has tersebut masih lagi disias4t pihak polis.

 

Sumber: Facebook Unit Promosi Pejabat Kesihatan Daerah Pekan & DG Hisham